Tertidur Dalam Kereta Dengan Aircond Terbuka, 3 Individu Maut Di RNR Yong Peng

Entertainment
20 Jul 2023 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dinafikan microsleep sangat bahaya, namun begitu masih ramai yang tak peka bahawa tidur di kawasan rehat dengan aircond yang terbuka juga boleh membawa maut! Tular kejadian yang berlaku beberapa hari lepas di sebuah kawasan Hentian Rehat Yong Peng, Johor di mana 3 individu meninggal dunia akibat tertidur di dalam kereta.

Memetik laporan Kosmo!, tiga individu tersebut maut kerana tidur terlalu lama di dalam kereta dengan penghawa dingin terbuka. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian itu berlaku pada jam 9.59 malam.

 

Tidur dalam kereta dengan lama sambil buka aircond

image is not available

Katanya, ketiga-tiga mangsa pada waktu itu dikatakan dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang. Kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang dikenali sebagai Zaw Naing Oo, 23, Myo Htet, 25, dan Khin Mar Yee, 27.

Jelas Shahrulanuar Mushaddat lagi, kereta jenis Perodua Alza yang digunakan itu merupakan kereta pinjam daripada seorang rakan di Johor Bahru, ia dipercayai telah berhenti untuk rehat dan mereka tidur dalam kereta di tempat kejadian.

image is not available

“Hasil temubual daripada beberapa orang saksi, kereta mangsa didapati telah diletakkan dalam tempoh masa agak lama di Hentian Rehat Yong Peng itu. Mangsa didapati tidak bergerak namun enjin kereta dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat serta pintu dalam keadaan berkunci.”

Menurut Shahrulanuar lagi, ketika orang awam mengetuk cermin kereta mereka dan memanggil dari luar, tiada sebarang tindak balas sebelum mereka pecahkan cermin tingkap di bahagian pemandu untuk membuka pintu kereta untuk memberikan bantuan.

image is not available

Selepas pintu berjaya dibuka orang awam mendapati kesemua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada sebarang tindak balas diberikan.

Ujarnya lagi, selepas pemeriksaan dilakukan daripada pasukan perubatan, semua mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, mereka telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Siasatan Mati Mengejut (SDR).

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.