"Tertinggi Di Malaysia" - MRSM Ranau Kini Siap Dibina

27 Oct 2023 • 2:04 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Ranau, Sabah telah pun siap dibina dan dijangka akan memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertamanya pada 2024.

image is not available

image is not available

MRSM tersebut adalah projek kerjasama antara Kerajaan Negeri, Petronas dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ia akan menjadi tempat menimba ilmu bagi pelajar di daerah Ranau serta beberapa kawasan lain di bahagian pedalaman.

image is not available

Memetik perkongsian di aplikasi X, pelajar kumpulan pertama bukan sahaja dapat menikmati segala kelengkapan sekolah yang serba baru dan moden malah turut berpeluang menikmati keindahan bayu dengan permandangan Gunung Kinabalu.

Berita tentang pembukaan MRSM ini telah menarik perhatian warga maya platform media sosial X. Ramai yang memberi komen, antaranya adalah:

“Main bola pun nanti seronok, berkabus sahaja macam di luar negara.”

“Macam seronok belajar di sini nanti. Sejuk macam cuaca di luar negara.”

“Seronoknya. Bangun tidur sudah boleh menikmati pemandangan cantik setiap hari. Jiwa pun tenang nak belajar.”

“Ini baru betul healing sambil belajar.”

Sumber: Sinar Bestari