Tertuduh berusia 56 tahun turut berdepan pertuduhan amang seksual: Tiga lelaki berusia 56-24 tahun didakwa rogol dua beradik tiri

28 Dec 2022 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Tiga bersaudara didakwa secara berasingan atas pertuduhan merogol dan melakukan gangguan seksual fizikal terhadap dua adik-beradik tiri yang turut mempunyai kaitan dengan ketiga-tiga tertuduh.

Tiga lelaki berusia 56, 54, dan 24 tahun, masing-masing, mengaku tidak bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Tertuduh berusia 56 tahun berdepan lima pertuduhan merogol dua mangsa yang juga anak tiri dan anak kandungnya dan satu lagi pertuduhan melakukan gangguan seksual fizikal.

Bagi pertuduhan pertama hingga kedua, dia didakwa merogol anak perempuan tirinya yang berusia 14 tahun enam bulan pukul 10 malam pada Ogos dan Oktober tahun ini di sebuah rumah di Sepanggar, dekat sini.

Untuk pertuduhan ketiga hingga keempat, dia didakwa merogol anak kandungnya yang berusia 14 tahun dan lapan bulan pada Oktober dan 28 November tahun ini, pukul 10 malam di tempat sama.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual dengan membelai payudara anak tirinya jam 8 malam pada Ogos tahun ini di tempat sama.

Pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 30 Jan, 2023 untuk pengurusan kes praperbicaraan dan tiada ikat jamin ditawarkan kepada lelaki itu berikutan hubungan antara tertuduh dan mangsa.

Sementara itu, tertuduh berusia 54 tahun mempunyai empat pertuduhan merogol mangsa sama iaitu cucu tirinya (yang berusia 14 tahun enam bulan).

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa merogol cucu tirinya itu ketika dia berusia 10, 11, 12 dan 13 tahun di tempat sama pada Feb 2018, Sept 2019, Jun 2020 dan Sept 2021.

Mahkamah menetapkan 27 Jan, 2023 untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan lelaki itu direman lanjut sementara menunggu tarikh itu memandangkan mangsa adalah cucu tirinya.

Bagi tertuduh berusia 24 tahun, dia didakwa merogol kanak-kanak perempuan sama yang merupakan anak saudara tirinya jam 11 malam pada April tahun ini juga di Sepanggar.

Pengurusan kes pra-perbicaraannya ditetapkan pada 30 Jan, 2023 dan tiada ikat jamin ditawarkan kepadanya kerana dia merupakan bapa saudara tiri kepada mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen tampil untuk pendakwaan manakala ketiga-tiga lelaki berkenaan tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.