Tertuduh Bunuh Isteri Dan Anak Terpinga-Pinga, Pendakwaan Mohon Siasat Keadaan Mentalnya

18 Jul 2022 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Awal Julai lalu, gempar mengenai tindakan seorang lelaki yang didakwa mengelar leher isteri dan anaknya sendiri sehingga maut. Lelaki itu juga dirakam menunggang motosikal dalam keadaan berbogel selepas kejadian.

Terbaru, Harian Metro melaporkan tertuduh Mohamad Amir Nazri Mohd Adam dilihat terpinga-pinga dan sugul ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

image is not available

Untuk pertuduhan pertama, Mohamad Amir didakwa membunuh isterinya, Hajar Nursyahirin Rosman. Manakala pertuduhan kedua, tertuduh didakwa membunuh anak lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, pada 11.30 pagi dan 11.40 pagi, 4 Julai lalu.

Tertuduh yang memakai baju T hitam dan seluar biru hanya menjawab faham selepas pertuduhan itu dibacakan di depan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

image is not available
Foto: Harian Metro (Nur Aisyah Mazalan)

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan memohon tarikh sebutan kedua bagi membolehkan pihaknya mendapatkan laporan bedah siasat dan DNA.

Pihak pendakwaan juga memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi menyiasat keadaan mentalnya.

Majistret membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Permai untuk menjalani pemeriksaan tahap mental sebagaimana yang dimohon pihak pendakwaan.

Untuk kes ini, tertuduh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.