
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 43 tahun yang didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya, akan dibicarakan pada 10-11 Ogos tahun ini.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menetapkan tarikh itu bagi lelaki tersebut, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mahkamah juga menetapkan 15 Mei tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.
Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja berusia 15 tahun itu dengan meletakkan kemaluannya pada kemaluan anaknya itu pada jam 7.30 malam Mac 2021 di sebuah rumah di Beaufort.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan dengan meletakkan kemaluannya pada kemaluan remaja sama yang ketika itu berusia 15 tahun empat bulan, pada akhir Julai 2021 jam 7.30 malam di tempat sama.
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa mengulangi kesalahan sama dengan meletakkan kemaluannya pada kemaluan gadis sama yang ketika itu berusia 16 tahun lapan bulan, serta memasukkan jarinya ke dalam kemaluan remaja itu.
Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 8 pagi 15 Nov 2022 di tempat yang sama.
Kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Disebabkan hubungannya dan mangsa, lelaki itu akan berdepan hukuman tambahan mengikut Seksyen 16(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

