
Kota Kinabalu: Seorang daripada tertuduh yang didakwa merompak seorang warga emas, meminta dua lagi rakan tertuduhnya dibebaskan daripada pertuduhan ke atas mereka.
Mohd Melvin Matdi, 36, memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, bahawa dia mahu rakan tertuduhnya Sharizan Sablee, 24, dan Zamree Said, 35, dibebaskan daripada pertuduhan itu.
“Saya harap Sharizan dan Zamree dibebaskan kerana mereka tidak terlibat dalam kes ini.
“Ketika kejadian, mereka hanya berada di dalam kereta bersama saya tetapi mereka tidak tahu apa yang saya lakukan (jenayah),” katanya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mahkamah kemudiannya berkata mahkamah tidak boleh begitu sahaja membebaskan tertuduh kerana pihak pendakwaan akan memanggil saksi dalam perbicaraan.
Ketiga-tiga mereka didakwa merompak beg tangan berjenama Usanti Bundi, 68, pada jam 4.20 pagi, 7 Mac tahun ini di tepi jalan Tuaran Bypass di Kg Rampayan, Manggatal.
Kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Sharizan dan Zamree memohon jaminan diberikan.
Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menasihatkan kedua-dua mereka mendapatkan peguam bagi mewakili mereka memohon ikat jamin.
Mahkamah menetapkan 9, 10 dan 11 Disember tahun ini untuk perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim manakala ketiga-tiga mereka tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
