“Terubat kerinduan” – Lagu Melly Goeslow Terbaru Tampilkan Nike Ardilla Versi AI

Entertainment
7 Dec 2023 • 12:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang suka dengar lagu-lagu legend dari Indonesia, pasti korang kenal penyanyi rock dari negara tersebut iaitu Nike Ardilla. Sewaktu namanya berada di puncak populariti, pada tahun 1995 Nike Ardilla telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tragik di Bandung ketika usianya 19 tahun.

Terkini, satu lagu duet yang dikeluarkan oleh produksi Indonesia, Musica Studios menampilkan Melly Goeslow bersama Nike Ardilla versi AI. Walaupun sudah lebih 20 tahun pemergiannya, lagu ini berjaya mengubati rindu peminat kepada Nike Ardilla.

Guna stand-in model & teknologi AI

Lagu yang bertajuk ‘Bertemu Kembali’ diciptakan oleh Dadang S Manaf dan Melly Goeslaw ini adalah hasil gabungan lagu baru dengan lagu ‘Duka Pasti Berlalu’ oleh Nike Ardilla.

Klip video tersebut dianggap luar biasa kerana menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence) pada wajah Nike Ardilla. Difahamkan, suara ‘Nike Ardilla’ dalam klip video itu seakan serupa dengan penyanyi rock itu.

Bagi menampakkan tubuh yang serupa dengan Nike Ardilla, seorang wanita bernama Juwita Wina Pohan telah dijadikan stand-in model dalam video tersebut.

image is not available

Melly Goeslow terkenangkan Nike Ardilla

Dalam kapsyen video tersebut di YouTube, Melly Goeslow menjelaskan lagu itu adalah mengenai gurauannya bersama Nike Ardilla dan pernah mengimpikan ingin berkahwin dengan pasangan masing-masing bersama-sama tetapi Nike sudah pergi dahulu.

Cerita tentang rumpi-rumpian (perbualan) saya sama Nike dahulu kalau nanti kami nikah tuh bareng… Tapi setelah saya akhirnya bertemu dengan jodoh saya, Nike malah pergi duluan dan angan-angan kami di masa lalu tidak pernah menjadi kenyataan.

Lagu itu juga dikeluarkan pada bulan ini bersempena dengan hari ulang tahun Nike Ardilla yang akan tiba pada 27 Disember akan datang.

Ramai peminat rindu

Kurang dari 24 jam lagu ini dikeluarkan, ia mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat-peminat Nike Adilla dan Melly Goeslow. Ramai yang kagum dan memuji kolaborsi lagu itu telah berjaya mengubati rasa rindu mereka kepada arwah.

image is not available

Rasa terubat rindu min bila dengar lagu ni. Syabas Melly Goeslow dan team produksi!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article