Teruja Bakal Jadi Atok & Timang Cucu Sulung, Uncle Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka [Video]

Family & ParentingLifestyle
22 Jul 2026 • 12:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehadiran cahaya mata bukan hanya membahagiakan pasangan suami isteri malah orang sekeliling khususnya ahli keluarga terdekat pasti berasa teruja.

Bahkan, ada segelintir yang sanggup meraikan berita gembira itu dengan cara tersendiri sebagai tanda mensyukuri nikmat yang diterima.

Uncle Belanja Aiskrim & Coklat Buat Kanak-Kanak Yang Ditemui Di Kedai

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang meraikan berita gembira bakal menimang cucu sulung dengan membelanja kanak-kanak yang ditemuinya di kedai serbaneka di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Pekara itu dikongsikan oleh ibu kanak-kanak berkenaan dalam satu hantaran di Threads @sashrinda.

Kongsi wanita berkenaan, dia terharu dengan tindakan dan layanan lelaki yang digelarkan sebagai uncle itu terhadap anak-anaknya.

Terangnya, mereka sekeluarga datang ke kedai serbaneka berkenaan untuk mencari aiskrim selepas menikmati hidangan steamboat di trak makanan berhampiran.

Ketika anak-anaknya sedang memilih barangan dalam kedai serbaneka tersebut, uncle itu datang kepada mereka dengan memberi sekeping coklat Kit Kat setiap seorang.

Kongsi pengguna terbabit, uncle itu kemudiannya keluar namun masuk semula ke premis berkenaan dan sekali lagi memberi anak-anaknya sekotak air Milo serta aiskrim.

Belanja Kerana Teruja Rai Kehadiran Cucu Sulung Selepas 5 Tahun

Apa yang menjadi perhatian wanita ini adalah motifnya berbuat demikian kerana teruja menantikan kehadiran cucu sulung yang dinanti hampir lima tahun.

Menerusi video yang dimuat naik pada hantaran tersebut, uncle berkenaan menjelaskan anak perempuannya kini mengandung empat bulan.

“Anak perempuan saya dah kahwin lima tahun tapi belum dapat anak lagi, baru jadi (mengandung), baru empat bulan,” katanya teruja.

Pada masa sama, pengguna itu turut menzahirkan ucapan terima kasih atas kebaikan yang dilakukan serta berharap agar hantaran tersebut tular sehingga sampai ke pengetahuan anak lelaki itu.

“Semoga anak uncle selamat melahirkan cucu sulung uncle nanti. Semoga panjang umur dan sihat-sihat selalu uncle. Terima Kasih orang baik.

“Korang tolong repost jap sampai anak dia nampak posting aku. Aku nak cakap congratulations for the first up coming baby soon,” katanya.

View on Threads

Ramai Puji Kebaikan Uncle Belanja Kanak-Kanak, Rupanya Memang Dikenali Suka Belanja Orang

Perkongsian yang telah mendapat lebih 203,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan uncle berkenaan yang tidak lokek berbelanja kanak-kanak yang tidak dikenalinya.

Mala, rupanya ada segelintir pengguna media sosial yang turut sama pernah menerima layanan baik daripada lelaki terbabit.

Pada masa sama, ramai yang mendoakan kesejahteraan buat uncle dan anaknya yang bakal menimang cahaya mata pertama itu atas kebaikan yang dibuat.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Seronok Tengok Video Macam Ni, Baiknya Uncle Ni, Murah Rezeki Dia, Semoga Anak Uncle Ini Dipermudahkan Urusan Bersalin Semuanya”

Image from: Teruja Bakal Jadi Atok & Timang Cucu Sulung, Uncle Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka [Video]

“5 Tahun Kahwin Tak Ada Anak Tapi Kali Ini Anak Dia Dah Mengandung 4 Bulan, Bertahun Dia Tetap Berdoa Bersedekah Demi Cari Berkat, Uncle Ni Memang Seorang Ayah Yang Hebat”

Image from: Teruja Bakal Jadi Atok & Timang Cucu Sulung, Uncle Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka [Video]

“Saya Cashier Masa Ni, Dia Bagi Staf Semua Duit Makan”

Image from: Teruja Bakal Jadi Atok & Timang Cucu Sulung, Uncle Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka [Video]

“Semoga Anak Uncle Selamat Melahirkan & Dapat Cucu Yang Cantik Bijak Pandai Berhati Murni Seperti Atuknya”

Image from: Teruja Bakal Jadi Atok & Timang Cucu Sulung, Uncle Belanja Kanak-Kanak Di Kedai Serbaneka [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Atok & Cucu Luang Masa Bersama Buat Ramai Terkenang Kenangan Dengan Yang Tersayang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Lepas Rindu”- Gelagat Atok Terkejut Cucu Pulang Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Atok ‘Excited’ Lihat Cucu Konvo Tadika Raih Perhatian Ramai [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved