Teruja Dengan Sifat Rakyat Sarawak, Wanita Ini Cerita Pengalamannya Di Kuching

11 Oct 2023 • 12:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita ini menceritakan pengalamannya 4 hari di Kuching

Teruja Dengan Sifat Rakyat Sarawak, Wanita Ini Cerita Pengalamannya Di Kuching. Keindahan dan keunikan Kuching, Sarawak telah mencuri hati seorang wanita yang baru-baru ini berkongsi pengalamannya di laman Facebook, membangkitkan perhatian ramai netizen.

Selama empat hari berada di Kuching, dia telah menjelajah dan mengalami pelbagai aspek menarik di negeri yang terletak di Borneo ini.

image is not available
Kredit gambar: Jiarong

Rata-rata rakyat Sarawak berkemahiran berbahasa Inggeris yang tinggi

Walaupun selalu mendengar bahawa Malaysia terdiri daripada 13 negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, dia mendapati bahawa penduduk tempatan sering merujuk kepada Sarawak sebagai sebuah ‘negara’ sendiri, suatu pandangan yang membuka mata dan memberi pengalaman baru kepada beliau.

Antara yang paling menonjol dan memberikan kesan mendalam adalah keramahan masyarakat di Kuching. Rata-rata rakyat Sarawak berkemahiran berbahasa Inggeris yang tinggi di kalangan mereka dan memudahkan komunikasi dengan pelancong asing.

image is not available
Teruja Dengan Sifat Rakyat Sarawak, Wanita Ini Cerita Pengalamannya Di Kuching. Sumber: Gaylen Hong

Bunyi hon adalah sesuatu yang jarang didengar semasa berada di jalan

Mengenai pengalaman memandu, dia juga terpesona dengan kesabaran pemandu-pemandu di jalan raya; bunyi hon adalah sesuatu yang jarang ditemui, bahkan pada waktu perjalanan pulang pejabat. Lalu lintas yang lancar memberikan pengalaman memandu yang amat menyenangkan.

Aspek lain yang tidak kurang pentingnya adalah kos makanan dan kemudahan yang cukup berpatutan. Dia telah merasai pelbagai jenis makanan tempatan seperti laksa Sarawak dan mi kolok yang menyajikan eksplorasi rasa yang enak.

Di samping itu, dia juga kagum dengan infrastruktur di ibu negeri Sarawak itu. Kuching, yang juga merupakan ibu kota Sarawak, menonjolkan pendekatan proaktif terhadap kelestarian dengan stesen pengisian kenderaan elektrik yang dapat ditemui di mana-mana.

image is not available
Kredit gambar: The Waterfront Hotel

Kebersihan di Kuching juga menarik perhatiannya

Bangunan-bangunan indah seperti Borneo Cultures Museum, Bangunan Dewan Undangan Negeri, dan Jambatan Darul Hana menghiasi bandar raya tersebut, menjadikannya tidak hairanlah mengapa kebanyakan masa lapang mereka dihabiskan di kawasan Waterfront yang menenangkan itu.

Dan anatara perkara yang di highlightkan wanita tersebut adalah kebersihan di Kuching juga menarik perhatiannya; sampah jarang dilihat di tanah dan terdapat tong sampah di mana-mana.

Semua ini membuat Kuching, Sarawak menjadi destinasi yang luar biasa dan pasti akan meninggalkan kesan mendalam di hati siapa saja yang melawat.

image is not available
Kredit gambar: The Waterfront Hotel

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: