Teruja kepulangan ke Santos FC, peminat Neymar ukir tatu di kaki

FootballSports
30 Jan 2025 • 11:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kepulangan Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat apabila segelintir besar peminatnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menghormati bintang bola sepak Brazil itu. Gambar Reuters

KEPULANGAN Neymar ke Santos FC mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat apabila segelintir besar peminatnya sanggup melakukan apa sahaja untuk menghormati bintang bola sepak Brazil itu.

Salah seorang peminat Neymar berusia 18 tahun, Kaique Menezes, memberi penghormatan kepada Neymar dengan mengukir tatu di kaki yang didedikasikan untuk bintang Brazil berusia 32 tahun itu.

"Sejak saya mengetahui Neymar akan datang ke Santos, saya ingin mendapatkan tatu dirinya kerana saya merupakan peminat tegar sejak kecil.

"Saya meminta artis tatu saya untuk mencipta karya seni untuk menunjukkan kasih sayang saya kepada Neymar.

Neymar sah kembali ke kelab lamanya, Santos FC selepas menamatkan kontrak lumayan bernilai 130 juta pound (RM707 juta) setahun dengan kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Bekas penyerang Paris Saint-Germain itu telah bersetuju dengan kontrak enam bulan bersama Santos di Brazil yang menjadi kelab pertama tempat dia mencipta nama.

Kontrak baharu Neymar di Santos termasuk gaji pokok sebanyak 135,507 pound (RM737,795) sebulan, pengurangan yang besar daripada pendapatan yang diperolehnya di Arab Saudi. - Awani/Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved