Teruja Nak Tengok Perbarisan Hari Kemerdekaan? Netizen Kongsi Tips Ke Dataran Merdeka Pada 31 Ogos

29 Aug 2022 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila sebut sahaja mengenai Hari Kebangsaaan Malaysia yang bakal disambut pada 31 Ogos (Rabu) ini, ramai pastinya teruja ingin melihat acara perbarisan yang bakal diadakan di Dataran Merdeka.

Kalau dulu, kita mungkin akur melihat acara ini di kaca TV, tapi hype hari kemerdekaan bagi tahun ini boleh dikatakan ‘lain macam’ apabila ramai yang sanggup pergi ke dataran demi nak tengok anggota-anggota yang terlibat membuat raptai di sana.

image is not available

Kalau scroll TikTok pagi-pagi mesti korang dapat tengok live orang buat raptai penuh hari merdeka kan?

Tips nak pergi Dataran Merdeka 31 Ogos ini

Seorang pengguna TikTok @mekbungo30 telah berkongsi tips terbaik untuk korang yang first time nak tengok acara perbarisan di Dataran Merdeka pada Rabu ini.

Haa kalau korang tak nak tersekat dalam kesesakan dan nak dapat spot baik untuk tengok acara ini dari dekat, boleh tengok video kat bawah ni tau!

@mekbungo30

Tips untuk dtg tgok Hari Kemerdekaan Di KL!! Jangan Lupa share to your family n friends!!jom ramai2 dtg 31 Ogos ini.. #sambutanbulankemerdekaan #sambutanharimerdeka2022 #merdeka #raptaimerdeka #raptaimerdeka2022 #dataranmerdeka #dataranmerdekakualalumpur

♬ 31 Ogos – Dato’ Sudirman

Tips untuk datang tengok Hari Kemerdekaan di KL:

  1. Naik public transport (turun di LRT Bandaraya @ Sogo / jika naik KTM turun di KTM Bank Negara)
  2. Jalan kaki sedikit dan korang akan nampak ada tempat duduk dan berdiri untuk lihat perbarisan
  3. Jangan bawa stroller kerana space terlalu kecil
  4. Bawa kipas dan bendera

“Tips saya check in hotel dekat lokasi”

Selain dari tips di atas, ramai di kalangan netizen di ruang komen juga memberikan tips mereka tersendiri. Ada yang sanggup check in hotel berdekatan supaya lebih mudah untuk ke dataran.

Malah siap ada yang syorkan untuk berhenti di LRT Masjid Jamek kerana lebih dekat dengan kawasan perbarisan diadakan. Apa-apapun yang paling penting, korang kenalah bangun awal demi mendapatkan tempat yang sesuai untuk melihat acara berkenaan.

image is not available

Menerusi perkongsian seorang TikToker yang juga terlibat dalam acara perbarisan ini, jalan akan mulai sesak dari jam 4 pagi lagi kerana persiapan yang diadakan di kawasan tersebut. So dia suggest datang pukul 3 pagi gais…

Apa-apapun bagi yang nak ke dataran pada Rabu ni, pastikan korang rancang perjalanan betul-betul untuk elak kesesakan. Nanti jangan lupa kongsi gambar-gambar menarik di sana!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.