Teruk Dikecam, MOM Bakal Lancarkan Seragam Baru Untuk Olimpik Paris?

Entertainment
27 Jun 2024 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu seragam kontinjen Malaysia untuk Olimpik Paris yang bakal diadakan akhir bulan Julai ini menjadi bualan hangat dek kerana rekaannya yang dikatakan tampak ‘murah’ dan tidak berprestij.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagaimanapun difahamkan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi pakaian rasmi Malaysia yang ‘lebih baik’ untuk temasya sukan itu.

Menerusi laporan New Straits Times, MOM akan bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Yonex untuk mereka bentuk pakaian baharu secara eksklusif untuk atlet Malaysia yang akan ke Olimpik Paris.

“MOM kini sedang menyelesaikan masalah ini dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif hanya untuk atlet.

Jumlah terhad akan dihasilkan untuk anggaran dalam 25 orang atlet,” kata sumber itu.

Walau bagaimanapun, ahli kontinjen lain termasuk jurulatih, kakitangan sokongan dan pegawai akan terus menggunakan seragam yang menjadi bualan hangat itu.

Sebagai info, setakat ini, seramai 22 atlet telah layak ke temasya sukan pelbagai acara itu.

Sebelum ini, pakaian yang menggunakan tema emas dengan jalur harimau itu bertujuan untuk mencerminkan usaha Malaysia untuk meraih pingat emas di Paris.

Pun begitu, peminat sukan tempatan merasakan rekaan itu sangat hodoh, kelihatan ‘murah’ dan ketinggalan zaman berbanding rekaan seragam sebelum ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.