Teruk ‘Diserang’ Disebabkan Caprice, Peminat Tampil Pertahankan Asyraf Khalid – “Sampai Nama TokTi Terkait, Dia Dah Mengaku Khilaf Kan?”

EntertainmentOpinion
31 Jul 2025 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, semalam, kecoh di platform media sosial mengenai isu tidak puas hati yang diluahkan oleh personaliti media sosial, Caprice terhadap usahawan, Asyraf Khalid susulan menjemput jurulatih fitness bernama Murad yang sebelum ini didakwa pernah menganiayai beberapa orang.

Asyraf dah mengaku salah, Caprice masih tak puas hati?

Sedar mengenai kesilapan yang dilakukan, Asyraf serta pihak Apa Cerita? Podcast tampil membuat permohonan maaf dan memaklumkan tidak akan menyiarkan episod tersebut.

Biarpun kenyataan rasmi sudah dikeluarkan oleh pihak usahawan itu, Caprice dilihat masih berasa marah dan memuat naik semula video teaser podcast yang sudah dipadam oleh pihak Apa Cerita? Podcast di akaun Instagramnya dengan persoalkan sama ada Asyraf akan menjamin keselamatannya atau tidak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Netizen tampil ‘back-up’ Asyraf Khalid

Susulan memuat naik semula video yang sudah dipadam, netizen yang berpihak kepada Asyraf pula pertikaikan tindakan Caprice yang seakan-akan sengaja mahu orang ramai terus ‘menyerang’ usahawan tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, mereka turut merasakan tindakan Caprice seperti membuli dan tidak sepatutnya dilakukan kerana hanya akan mengeruhkan keadaan lagi.

image is not available 2025-07-30 21:58:25

Asyraf Khalid Mohon Maaf Isu Jemput Kaki P*kul Di Podcast - "Matlamat Awal Kami Nak Beri Inspirasi"