Undang lelaki disyaki lakukan kekerasan di podcast, Caprice ‘naik angin’ dengan Asyraf Khalid?

LocalEntertainment
30 Jul 2025 • 8:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh terkenal, Caprice dilihat seakan tidak senang dengan tindakan Asyraf Khalid yang dipercayai mengundang seorang lelaki yang disyaki lakukan kekerasan terhadap individu lain sebagai tetamu di sebuah podcast.

Caprice bengang Asyraf undang lelaki disyaki lakukan kekerasan

Menerusi hantaran yang dibuat Caprice, dia menyelar tindakan Asyraf yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

image is not available

Individu disyaki lakukan kekerasan kepada staf

Dalam hantaran yang dibuat oleh Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia seakan tidak berpuas hati apabila podcast yang dikendali oleh Asyraf menampilkan individu disyaki melakukan kekasaran kepada stafnya sebelum ini sehingga mengalami kecederaan.

Tindakan yang dilakukan Asyraf dilihat sebagai sesuatu yang tidak patut oleh pempengaruh itu memandangkan kes melibatkan individu berkenaan masih lagi menjadi perbualan.

image is not available

Caprice kongsi tangkapan layar

Dalam pada itu, Caprice turut memuat naik tangkapan layar mesej dihantar Asyraf kepadanya yang menjelaskan situasi tersebut serta memberi jaminan akan keselamatannya berhubung isu terbabit.

Namun begitu, apa yang dikatakan suami kepada Tya Ariffin berkenaan seakan kurang disenangi Caprice.

image is not available

Episod melibatkan individu terbabit tidak ditayangkan

Susulan daripada hantaran yang dibuat oleh pempengaruh berkenaan, podcast yang dikendali oleh Asyraf telah membuat satu kenyataan dengan memaklumkan bahawa episod melibatkan individu terbabit tidak akan ditayangkan dan sudahpun diturunkan.

image is not available

Sebelum ini, Caprice telah memuat naik hantaran mempersoalkan tindakan podcast yang mengundang seorang individu dipercayai pengusaha gim yang disyaki melakukan kekerasan terhadap stafnya.

Berita tentang kes tersebut pernah tular di media sosial apabila beberapa staf pemilik gim terkenal itu membuat laporan polis dan mendedahkan kecederaan yang dialami akibat dikasari oleh individu terbabit.

Sumber: Instagram caprice