“Terus aku kejar dia” – [VIDEO] Wanita Terjumpa Individu Mirip Arwah Ayah Semasa Tunaikan Umrah

Entertainment
12 Jan 2023 • 6:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rindu kepada seseorang yang sudah tiada di dunia ini adalah rindu yang tiada penghujung.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok memaparkan kisah seorang wanita yang telah berjumpa dengan seorang individu yang mirip wajah arwah ayahnya telah meraih perhatian netizen.

Video yang tular itu telah mendapat lebih 229K tontonan dalam masa sehari dan meraih 23K tanda suka di platform TikTok, pada masa artikel ini ditulis.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita itu berkongsi kisahnya semasa dia menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila wajah lelaki itu seiras arwah ayahnya yang telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan adalah apabila dia sanggup mengejar individu tersebut dan dia turut bersetuju bahawa wajahnya mirip arwah ayah wanita tersebut.

image is not available

“Allahuakbar kak. Keluar air mata. Sama sebiji. Allah” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet mengalirkan air mata kerana sebak dengan peristiwa yang dilalui wanita tersebut dan ada juga yang menitipkan doa kepada arwah ayah wanita itu.

image is not available

Sedihnyaaa… Walaupun orang tu tak kenal mungkin terubat sikit rindu dia..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.