
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menggalakkan agensinya mengadakan program pelancongan unik secara konsisten bagi menarik lebih ramai pengunjung ke negeri ini.
Menterinya, Datuk Christina Liew, berkata Sabah adalah tempat yang unik dan program pelancongan di negeri ini harus mencerminkan keunikan ini, seperti Knowledge Camp @ Sabah Museum.
“Program ini unik kerana tidak semua tempat pelancongan mempunyai program seperti itu,” katanya selepas merasmikan program itu di Muzium Sabah, di sini, Khamis.

