Terus ‘Back Up’ Kes Siti Bainun, Netizen Minta Tun Laila Terima Kenyataan – “Tak Profesional”

LocalEntertainment
20 Aug 2025 • 1:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nama personaliti media sosial, Tun Laila, sekali lagi menarik perhatian selepas dia dilihat berterusan membuat bacaan pertuduhan berkaitan kes melibatkan Siti Bainun di platform TikTok.

Dalam beberapa siri video yang dimuat naik, Tun Laila membaca satu per satu pertuduhan dengan gaya serius seolah-olah mengulang semula perbicaraan di mahkamah.

image is not available

Namun begitu, tindakan tersebut nampaknya tidak disenangi rata-rata pengguna media sosial. Di ruangan komen, ramai meminta Tun Laila untuk menghentikan bacaan itu kerana dianggap terlalu berlebihan dan seolah-olah cuba menghidupkan kembali isu yang sedang hangat diperkatakan.

“Bukan kes dah tak boleh ulas ke?,” tulis seorang pengguna.

image is not available

Ada juga yang menegur bahawa cara Tun Laila menyampaikan kandungan tersebut lebih menyerupai “sensasi” berbanding memberi manfaat kepada masyarakat. Walaupun begitu, segelintir pengikut tetap mempertahankannya dengan alasan ia sekadar bentuk kesedaran mengenai kes penderaan.

Buat masa ini, Tun Laila belum memberi sebarang respon terhadap komen-komen yang meminta dia berhenti menegakkan isu ini.

image is not available 2025-08-09 17:55:04

"Mana-Mana Pergi Orang Ambil Gambar Dengan I, Itu Level I" - Tun Laila