“Terus Jadi Kondo”- Penduduk PPR Bersatu Cantikkan Kediaman Raih Pujian

24 Sep 2024 • 6:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebut sahaja tentang kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), pasti ada yang dah terbayang suasana kawasan tersebut.

Ini kerana kebiasaannya banyak kawasan PPR dipenuhi dengan sampah dan tidak diselenggara dengan baik hingga menyebabkan kebersihan kawasan tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk PPR yang tidak cakna tentang kebersihan.

Penduduk Sepakat Cantikkan Kediaman

Siapa sangka, kesepakatan penduduk sebuah PPR di Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila imej kediaman mereka berubah bak sebuah kondominium mewah.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @hanakamie, kelihatan aras 10 Blok D, PPR Lembah Subang berwajah baru hasil kerjasama dan transformasi yang dilakukan oleh penduduk sekitar.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat suasana koridor dan lif yang dahulunya kotor dan suram kelihatan cantik dengan dekorasi dan hiasan baharu. Difahamkan, transformasi itu dilakukan sejak bulan Ogos yang lalu.

image is not available
Foto: TikTok

Malah, pengguna terbabit turut berkongsikan gambar ketika proses transformasi itu dibuat. Dia turut berkongsi foto perbandingan sebelum dan selepas aktiviti keceriaan yang dilakukan.

image is not available
Foto: TikTok

Ada penduduk yang mengambil tugas untuk mengecat dinding di sepanjang koridor tersebut.

Ada juga yang bertanggungjawab menghias kawasan terbabit dan lif dengan barangan hiasan seperti pokok bunga serta menggantikan lantai dengan mozek yang baharu.

image is not available
Foto: TikTok

Tidak hanya itu, kawasan tangga yang jarang diberi perhatian oleh kebanyakan pihak turut dicantikkan oleh penduduk terbabit.

image is not available
Foto: TikTok

Lain Aras, Lain Rekaan & Dekorasi

Seorang pengguna media sosial memaklumkan setiap aras kediaman PPR tersebut mempunyai rekaan yang berbeza mengikut kreativiti penduduk masing-masing.

“Tengok Rumah PPR ni berubah 100% dengan komitmen dari penduduk floor (tingkat) 10. Tengok perubahan dari rasa jijik menjadi kondo di PPR Lembah Subang,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.

Meskipun tiada info lanjut sama ada aktiviti ini melibatkan semua penduduk PPR Lembah Subang atau hanya melibatkan penghuni aras sama sahaja.

Namun carian kami di Facebook mendapati ketika ini sedang berlangsungnya Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan di PPR Lembah Subang 1.

Tonton video carousel penuh di sini.

Pertandingan Kebersihan dan Kecerian PPR Lembah Subang 1. Bersama MP Petaling Jaya YB Lee Chean Chung

Posted by Ahli Majlis Mbpj Zon 4 on Monday 23 September 2024

Ramai Puji Kesepakatan & Kerjasama Penduduk

Video yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan itu nyata menarik perhatian ramai.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagum serta memuji kerjasama dan kesepakatan penduduk PPR Lembah Subang itu.

Ini kerana bagi mereka amat susah untuk melihat semangat sebegitu apatah lagi dalam kalangan penduduk kediaman terbabit.

Tidak kurang juga ada yang mengharapkan agar keadaan sedemikian kekal sampai bila-bila.

Berikut merupakan komen pengguna TikTok:

“Duduk Ramai-Ramai Ni, Nak Ada Kesepakatan Tu Yang Susah, Syukur La Ada Jiran Macam Ni”

image is not available

“Fuh Bagus, Kena Ada Mentaliti Penduduk Macam Ni, Tempat Nampak Bersih, Sepakat Bawa Berkat”

image is not available

“Yang Pasti Anak-Anak Kena Diberi Pendedahan Menjaga & Hukuman Jika Buat Perkara Yang Merosakkan”

image is not available

“Bagusnya Semua Bekerjasama Bersatu Hati”

image is not available

“Aku Pernah Jumpa Macam Ni, Sebelum Tu PPR Tu Buruk Sangat, Sekarang Lawa Dah”

image is not available

Source:

View Original Article