“Terus kuat Faisal “- Datuk Lee Chong Wei Titip Ucapan Buat Faisal Halim

15 Jun 2024 • 10:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim telah membuat penampilan sulung beliau pada Khamis lalu menerusi sidang media selepas diserang dengan asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Selangor pada bulan Mei lalu.

Faisal yang mengalami kecederaan melecur tahap empat itu mengatakan kehidupannya berubah selepas kejadian serangan tersebut.

Kejadian yang menimpa Faisal Halim itu turut menyentuh hati bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang menerusi Instagram Story menitipkan semangat dan ucapan buat Faisal Halim.

image is not available

Dalam hantaran menerusi Instagram Story itu, Datuk Lee Chong Wei berharap Faisal Halim akan terus kuat dan akan fokus pada proses pemulihan agar pemain bola sepak yang berusia 26 tahun itu dapat sembuh dengan cepat.

image is not available

 

Beliau juga percaya semua yang berlaku ini ada hikmahnya dan turut berharap agar Faisal dapat kembali dengan lebih kuat.

Rata-rata warganet mendoakan agar Faisal cepat sembuh dan semoga si pelaku juga akan ditangkap dengan segera oleh pihak polis agar ada keadilan untuk Faisal.

Sumber: BERNAMA

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.