“Terus masuk tv” – [VIDEO] Budak Ada Skill Putar Kerusi Guna Kaki Dapat Interview Dalam MHI

Entertainment
23 Jun 2023 • 4:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap orang pasti mempunyai bakat terpendam, tak kisahlah sama ada dalam pelajaran, bermain alat muzik, ataupun ada skill yang membuatkan ramai orang tergamam seperti yang dilakukan adik ini.

Pernah tular di TikTok, seorang budak perempuan dengan selambanya memutar kerusi dengan hanya menggunakan sebelah kaki saja. Malah, rakaman itu juga menunjukkan budak tersebut melakukan aksi itu sambil bermain telefon.

Interview dalam MHI

Aksi budak itu telah menarik perhatian ramai sehingga baru-baru ini, dia telah dijemput hadir dalam salah satu segmen Malaysia Hari Ini (MHI).

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, budak perempuan itu memaparkan aksi memutarkan kerusi sambil ditonton keluarga dan pengacara MHI.

Menurutnya, aksi itu paling lama dapat dilakukan selama dua minit. Dia juga turut mengajar seorang pengacara lelaki teknik memutarkan kerusi itu. Ternyata, susah juga ya jika pertama kali nak mencuba!

“Tiba-tiba dah masuk TV!”

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata tidak menyangka aksi adik ini dibawa masuk dalam segmen MHI. Selain itu, ada yang memuji dan berseloroh mengatakan ada kemahiran terpendam untuk ditemuduga rancangan TV terbabit.

image is not available

Apapun, skill adik ni memang power. Mungkin satu hari nanti daripada sini dia dapat kembangkan lagi aksi yang lebih menakjubkan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.