Terus menyala Harimau Malaya!

LocalFootball
26 Mar 2026 • 8:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain skuad Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan Vietnam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bari-baru ini. Foto Bernama

AURA penyokong sudah pasti menjadi saraf penting pasukan bola sepak kebangsaan selepas dilanda badai.

Ini selepas pasukan bimbingan Peter Cklamovski itu menerima hukuman pemotongan mata oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan gagal layak ke Piala Asia 2027.

Pada 17 Mac, Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC mendapati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua aksi pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 masing-masing menentang Nepal dan Vietnam.

Merak Jalanan pasti keputusan itu bagai tumbukan tepat ke muka kepada penyokong setia pasukan.

Apa yang boleh Merak Jalanan cakap, kita move on! Kita bangkit semula dengan semangat dan aura baharu.

'Slow-slow' kita naik balik, kita bukan tak hebat, cuma mungkin perlukan sedikit masa.

Merak Jalanan tengok ada pemain-pemain muda negara tonjol kualiti, ini masanya Cklamovski gunakan sehabis baik bakat negara yang ada.

Merak Jalanan tertarik apabila ketua jurulatih memanggil penyerang Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin ke dalam skuad kebangsaan yang diberi jolokan Harimau Malaya bagi menghadapi aksi terakhir Kumpulan F pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 pada 31 Mac.

Bekas pemain muda sensasi negara itu antara lima penyerang yang dipilih selain Mohamad Faisal Abdul Halim, Paulo Josue, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Safawi Rasid.

Teringin juga Merak Jalanan melihat gandingan Luqman, Faisal, Safawi dan Arif Aiman di barisan serangan. Tidak mustahil untuk gandingan ini meletup. Penyokong akan tetap jadi ekor sang Harimau Malaya!