AFC Batalkan Dua Kemenangan Harimau Malaya! Impian Ke Piala Asia 2027 Terkubur

LocalFootball
17 Mar 2026 • 3:52 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Impian skuad Harimau Malaya untuk beraksi di pentas Piala Asia 2027 musnah selepas dua kemenangan dalam pusingan kelayakan tahun lalu dibatalkan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kemenangan ke atas Nepal dan Vietnam tidak lagi diiktiraf, sekali gus menyaksikan skuad negara kehilangan enam mata penting.

“FAM telah menerima keputusan daripada Jawatankuasa Tatatertib & Etika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang bersidang pada Selasa, 17 Mac 2026 berkaitan kes menurunkan pemain yang tidak layak,” kata kenyataan itu.

Menurut FAM, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib & Etika AFC, Jahangir Baglari, mendapati badan induk bola sepak negara itu melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib & Etika AFC.

Kesalahan itu melibatkan tindakan menurunkan pemain yang tidak layak dalam dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 berkenaan.

Sehubungan itu, Malaysia diisytiharkan kalah 0-3 bagi kedua-dua perlawanan tersebut berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib & Etika AFC.

Artikel lain: FAM Ambil Langkah Strategik, Sah Batalkan Tiga Kejohanan Utama

Selain kehilangan mata, FAM turut dikenakan denda sebanyak AS$50,000 (RM196,119).

FAM memaklumkan pihaknya akan mengemukakan permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan penuh keputusan tersebut sebelum mempertimbangkan tindakan susulan.

Dengan perkembangan itu, skuad Harimau Malaya disahkan gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2027.

Sumber: FAM

The post AFC Batalkan Dua Kemenangan Harimau Malaya! Impian Ke Piala Asia 2027 Terkubur appeared first on Borak Daily.