“Terus Raihan buat tiktok” – Netizen Teruja Kumpulan Nasyid Raihan Nyanyi Lagu ‘Begitu Syulit’

Entertainment
28 Sep 2022 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Fenomena lagu ‘Begitu Syulit’ yang dinyanyikan oleh pengguna TikTok bernama Intan Lambata dari negara seberang ini benar-benar membuatkan ramai yang terikut-ikut sama untuk membuat parodi lagunya.

Terbaru kali ini ia melibatkan kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan setelah ramai yang menyamakan nama ‘Rehan’ di dalam lagu tersebut dengan Raihan yang rakyat Malaysia kenali.

Gara-gara ‘Begitu Syulit’ Raihan buat TikTok?

Apa yang membuatkan netizen teruja ialah apabila kumpulan nasyid ini tiba-tiba muncul di TikTok bersama akaun rasmi mereka dengan video ahli kumpulan itu dilihat sedang kusyuk menonton Intan Lambata menyanyikan lagu ‘Begitu Syulit’.

Raihan menonton Reyhan. Begitu syulit,” tulis kapsyen.

Kumpulan ini kemudian membuat kejutan dengan menyanyikan lagu ‘Begitu Syulit’ dengan nada ala-ala nasyid pula selepas itu dalam satu video lain. Ah sudah! Rehan versi halal mode ni!

“Sebab diaaaa, terus Raihan buat TikTok”

Video berkenaan ternyata membuatkan rata-rata netizen teruja dengan kemunculan semula kumpulan nasyid yang pernah membawa Malaysia ke mata dunia ini setelah sekian lama menyepi.

Malah ramai juga di kalangan netizen kaitkan kemunculan Raihan di TikTok kemungkinan besar disebabkan sering disebut-sebut netizen gara-gara lagu ‘Begitu Syulit’.

image is not available

Waa tak sabar nak tahu perkembangan terbaru kumpulan Raihan ni. Harap-harap adalah lagu terbaru dari mereka.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.