“Terus tak jadi nak healing” – 2 Lelaki Cabut Lari Lepas Dengar Suara Mengilai Di Bukit Tunku

Entertainment
8 May 2024 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukit Tunku cukup dikenali sebagai salah sebuah kawasan perumahan mewah yang terletak di Kuala Lumpur.

Selain dijadikan port melepak kerana memiliki sudut pemandangan menarik kota raya, kawasan ini juga didakwa merupakan salah satu tempat seram.

Baru-baru ini, ada pengguna TikTok memuat naik rakaman video dashcam mendakwa terdapat bunyi suara seakan-akan mengilai di kawasan itu.

Menerusi video tersebut, dua individu pada awalnya sedang bersantai di luar kereta yang diletakkan di tepi jalan sekitar Bukit Tunku.

Sedang mereka berehat sambil meminum air, tiba-tiba kedengaran bunyi seperti seorang wanita yang sedang ketawa. Lalu, mereka berlari memasuki ke dalam kereta dan terus bergerak meninggalkan tempat itu.

Menerusi rakaman dashcam, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira 4 pagi pada 6 Mei lalu.

Bad vibe, (suasana tak okay) jangan tanya kenapa kita pergi dari sini, jom kita keluar dulu dari sini,” kata salah seorang individu.

Perkongsian video itu telah meraih pelbagai reaksi netizen. Rata-rata yang pernah berkunjung di sekitar kawasan Bukit Tunku mendakwa mengalami pengalaman misteri.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bunyi misteri itu hanyalah imaginasi sendiri sehingga membuatkan empunya diri berasa cemas.

image is not available image is not available image is not availableimage is not availableimage is not available

Korang rasa betul ke bunyi entiti misteri tu?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article