Terus U-Turn Bila Nampak Roadblock, Dua Lelaki Rohingya Kantoi Bawa 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang

22 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, tindakan dua lelaki etnik Rohingya cuba mengelak pemeriksaan polis mengundang padah apabila kereta dinaiki mereka akhirnya terbabas dan melanggar sebuah lori.

Lapor Sinar Harian, kejadian berlaku di Kilometer 9, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis ketika anggota polis sedang menjalankan pemeriksaan rawak menerusi Ops Tapis Bersepadu.

Kereta terbabas selepas dikejar polis

pil kuda
Kredit foto: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Difahamkan, dua suspek itu pada awalnya membuat pusingan U sebaik menghampiri sekatan polis. Tindakan mencurigakan itu membuatkan polis segera mengejar kenderaan jenis Proton Preve yang dinaiki mereka dengan bantuan anggota dari Balai Polis Bertam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kenderaan suspek akhirnya terbabas di Kampung Kuala Lah berhampiran simpang tiga Jerek-Meranto.

Pemeriksaan lanjut menemui sebuah beg silang mengandungi bungkusan plastik berisi 6,000 pil disyaki dadah jenis pil kuda dianggarkan bernilai RM60,000.

6,000 pil kuda bernilai RM60,000 dirampas

rohingya
Kredit foto: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Selain dadah tersebut, polis turut merampas sebuah Proton Preve, lima unit telefon bimbit, satu kunci kereta dan satu kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian atau UNHCR.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku memiliki dadah tersebut. Mereka juga didapati positif methamphetamine menerusi ujian saringan awal air kencing.

Seorang daripada suspek turut mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman berat jika disabitkan kesalahan.

Dalam masa sama, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

The post Terus U-Turn Bila Nampak Roadblock, Dua Lelaki Rohingya Kantoi Bawa 6,000 Pil Kuda Di Gua Musang appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved