“Terus uninstall” – Ramai Terkejut Aplikasi Waze Tiba-tiba Bertukar Bahasa Hebrew?

Entertainment
7 Nov 2024 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di era teknologi ini, ramai yang memilih untuk menggunakan aplikasi navigasi bagi memudahkan perjalanan mereka.

Antara aplikasi navigasi terkenal ialah Waze yang diperkenalkan sejak tahun 2006 untuk pengguna telefon pintar, baik peranti Apple atau Android.

Terbaru, pengguna aplikasi itu terkejut apabila bahasa dalam Waze tiba-tiba bertukar ke bahasa Hebrew yang juga merupakan bahasa negara Israel. Perkara itu heboh di platform media sosial X sebelum tular di TikTok pula.

image is not available

Seorang TikTok famous @kakakraptor pula berkongsi, aplikasi Waze di telefonnya dan suami itu tiba-tiba bertukar ke bahasa Hebrew, terkejut dengan perkara itu, dia bertanya kepada ahli keluarga lain jika mereka mengalami masalah yang sama.

@kakakraptor

sapa ada explanation pasal ni ?? Edited P/s: Just found out app ni dari TEL AVIV so ya, Alhamdulillah dah uninstall dan takkan install balik dah !.

♬ original sound – KakakRaptor – KakakRaptor

Difahamkan, ada juga pengguna Waze lain mengalami penukaran bahasa secara tiba-tiba tetapi aplikasi itu bertukar ke bahasa Arab serta Sepanyol.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengalami perkara yang sama dan ramai yang bertindak membuang (uninstall) aplikasi itu dari peranti mereka.

image is not available

Sebagai info, Waze dahulunya dikenali sebagai FreeMap Israel, ia merupakan anak syarikat Google yang menyediakan perisian navigasi satelit pada telefon pintar dan komputer lain yang menyokong Sistem Penentududukan Global (Global Positioning System).

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.