Tesla bina ibu pejabat di Cyberjaya, netizen jangka ramai ‘sek kito’ mohon kerja

14 Jul 2023 • 6:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Susulan pertemuan secara maya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla iaitu Elon Musk telah menyatakan persetujuan bagi menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya, Selangor.

Menurut laporan Kosmo!, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, ia adalah satu perkembangan positif terutama tentang peningkatan dalam kenderaan elektrik di Malaysia.

image is not available

Foto: ABC News

“Tentang Starlink, tentang akses rangkaian internet, itu kita bersetuju. Ini akan memberikan ruang kepada semua kawasan luar bandar, sekolah, universiti dapat akses langsung internet dengan murah.

“Kemudian tentang SpaceX, tiga syarikat Malaysia telah terlibat dalam projek itu. Maknanya persetujuan dia untuk melabur secara besar dan dia memberi pengakuan untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Starlink, SpaceX Dan EV akan melibatkan puluhan ribu tenaga kerja mahir (di Malaysia),” katanya.

image is not available

Foto: CNBC

Laporan berita itu menarik perhatian netizen di media sosial terutama mengenai kewujudan puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini.

Ramai ‘sek kito’ akan mohon kerja?

Rata-rata netizen menyambut baik berhubung peluang pekerjaan tersebut, namun segelintir individu berseloroh dengan menjangka pasti ramai rakyat Pantai Timur khususnya Kelantan yang akan memohon kerja di ibu pejabat berkenaan.

Ramai penyokong PAS akan mohon?

image is not available

Alhamdulillah.. terbaik PMX!

image is not available

 

image is not available

Cyberjaya jadi Cyberjayei?

image is not available

Terbaik kerajaan Madani!

image is not available

Rakyat Kelantan paling ramai akan mohon?

image is not available image is not available image is not available

Boleh cuba mohon ni

image is not available

Bulan lalu, ribuan calon mencuba nasib dengan menyertai sesi temuduga ‘walk-in’ Tesla Malaysia yang diadakan di pejabat Cyberview Sdn Bhd di Persiaran Apec, Cyberjaya.

Sumber: Facebook Kosmo!