Tesla Cybertruck M*letup Depan Hotel Trump, Seorang Terbun*h & 7 Cedera

Entertainment
2 Jan 2025 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, tular sebuah video dan gambar yang memaparkan sebuah kereta Tesla Cybertruck terbakar di hadapan hotel milik Presiden Donald Trump di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Menurut Syerif Las Vegas, Kevin McMahill, kenderaan elektrik itu dilaporkan berhenti di hadapan pintu kaca Trump International Hotel sebelum berlaku letupan besar yang menyebabkan kenderaan itu terbakar.

Difahamkan, terdapat seorang mangsa yang meninggal dunia di dalam trak itu, manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan.

Susulan tularnya insiden tersebut, Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk menerusi hantaran X memberikan respon dan menafikan letupan itu berpunca dari kenderaan itu sendiri.

Sebaliknya, letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar atau bom yang dibawa di ruang belakang Cybertruck tersebut.

Dalam pada itu, Elon Musk menyatakan seluruh pasukan kanan Tesla sedang menyiasat kejadian itu, selain memaklumkan belum pernah ada kejadian seumpamanya berlaku sebelum ini.

Pihak polis juga memaklumkan mereka masih berusaha untuk mengenal pasti punca letupan terbabit.

Sumber: X, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.