Tesla Lancar Tiga Pengecas AC di EQ Hotel, KL – Cas Percuma Sepanjang Penginapan

LocalTechnology
3 Oct 2024 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Tesla Malaysia telah melancarkan tiga pengecas AC, Destination Charger, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur di di EQ Hotel, Equatorial Plaza. Fasiliti pengecasan ini ditempatkan di aras LG1.

Kerjasama EQ Hotel & Tesla Malaysia

image is not available

Tesla Malaysia bekerjasama dengan EQ Hotel untuk menawarkan pelbagai faedah kepada ahli Kelab Pemilik Tesla Malaysia. Ahli yang membuat tempahan penginapan secara langsung melalui laman web rasmi EQ dengan menggunakan kod khas akan menikmati tawaran istimewa, termasuk:

- Diskaun 15% untuk Kadar Terbaik yang Ditawarkan (Best Available Rate) bagi penginapan satu malam

- Diskaun 25% untuk Kadar Terbaik yang Ditawarkan bagi penginapan dua malam berturut-turut atau lebih

- Sarapan bufet harian untuk dua tetamu

- Pengecasan percuma untuk satu kenderaan Tesla sepanjang tempoh penginapan

- Minibar dalam bilik dengan hidangan harian secara percuma

- Diskaun 20% untuk perkhidmatan dobi

- Diskaun 20% untuk rawatan spa di pusat kesihatan Sanctum EQ yang pernah memenangi anugerah

- Satu koktel rumah percuma di bar atas bumbung hotel, SKY51

image is not available

Pelancaran stesen pengecasan di Equatorial Plaza menunjukkan kesungguhan Tesla Malaysia untuk memberikan pengalaman pemilikan EV yang terbaik, di samping memberi nilai tambah kepada pemilik melalui keistimewaan penginapan di EQ Hotel.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved