Tesla hari ini telah memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, dan memperkenalkan model kereta pertama untuk pasaran tempatan, iaitu Tesla Model Y. Ia ditawarkan pada harga bermula RM199,000 di Malaysia, dan dijangka dipasarkan bermula awal 2024 kelak.


Selari pengenalan dengan kenderaan Tesla, pihak Tesla turut mengumumkan pengenalan Tesla Supercharger untuk pasaran tempatan. Pengecasan pantas ini menawarkan kebolehan penggunaan sejauh 120km dalam masa mengecas hanya 5 minit sahaja.
Walaubagaimanapun, penawaran ini masih belum aktif buat masa ini. Tesla telah pun membangunkan sekitar 8 buah pengecas yang berpusat di Pavilion KL, tetapi masih belum diaktifkan lagi. Hal ini kerana Tesla masih menantikan kebenaran pihak berkuasa dan mendapatkan lesen sepatutnya sebelum ia diaktifkan.

Selain di Pavilion KL, Tesla turut merancang untuk membangunkan Tesla Supercharger di lokasi-lokasi lain – sekaligus memudahkan pengguna merantau dari Singapura ke Thailand, tanpa masalah.

