Tesla Menghentikan Pembelian Kekal FSD Di Malaysia Bermula 30 Jun

LocalCars
20 Jun 2026 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla Menghentikan Pembelian Kekal FSD Di Malaysia Bermula 30 Jun

Tesla tidak lagi akan menawarkan pembelian sistem swapandu Full Self Driving (FSD) di Malaysia bermula 30 Jun. Selepas tarikh tersebut, ia hanya akan ditawarkan secara langganan bulanan. FSD sebelum ini ditawarkan sebagai pakej tambahan pada harga RM32,000 kepada pembeli kereta Tesla di Malaysia. Notis penamatan perkhidmatan ini diumumkan Tesla menerusi akaun Instagram dengan ia disedari oleh laman Paul Tan.

Image from: Tesla Menghentikan Pembelian Kekal FSD Di Malaysia Bermula 30 Jun

Pada Januari lalu, Elon Musk mengatakan FSD tidak ditawarkan terus kepada pelanggan di Amerika dan Kanada bermula 14 Februari . Sebaliknya ia akan ditawarkan sebagai pakej langganan $99 sebulan sahaja selepa tarikh tersebut. Ketika artikel ditulis, harga langganan FSD di Malaysia belum lagi dipaparkan di laman rasmi Tesla.

Image from: Tesla Menghentikan Pembelian Kekal FSD Di Malaysia Bermula 30 Jun

Walaupun pakej FSD dijual kepada pelanggan di Malaysia, sistem swapandu ini belum lagi diaktifkan serta masih menanti kebenaran daripada pihak berkuasa. Oleh itu pembeli Tesla tempatan membeli ciri yang masih belum tentu boleh digunakan sepanjang masa mereka memiliki kereta. Selain Malaysia, pembelian FSD secara kekal turut dihentikan di Australia, New Zealand, United Kingdom dan sebahagian besar pasaran Kesatuan Eropah.

Tesla tidak menyatakan sebab pakej FSD tidak lagi akan dijual terus kepada pelanggan. Tetapi di EU, beberapa pelanggan sudah bersedia melakukan saman kumpul ke atas Tesla kerana FSD tidak berfungsi seperti yang dijanjikan. Pihak berkuasa di Perancis pula mengarahkan Tesla menghentikan pengiklanan untuk FSD yang didapati tidak telus kerana tidak berfungsi seperti dijanjikan.

Sejak 2016, Musk mengatakan sistem swapandu Tahap 5 akan ditawarkan dalam masa tiga tahun. Semua ramalan beliau gagal menjadi kenyataan dengan pelbagai alasan diberikan. Setakat ini hanya kereta Mercedes-Benz menerima kelulusan sistem swapandu Tahap 3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved