Tesla Model 3 Kini Ditawarkan Pada Harga Lebih Murah Bermula RM147,600

Business & FinanceCars
23 Jan 2026 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla Model 3 telah dikemaskini hari ini dengan harga lebih murah bermula RM147,600 berbanding bermula RM 169,000 sebelum ini. Model Standard lebih mampu milik ini ditawarkan dengan hanya satu motor di bahagian belakang, kelajuan maksimum 201 km/j, pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.2 saat dan jarak perjalanan sehingga 534 km WLTP.

image is not available

Perubahan yang dilakukan untuk menjadikannya lebih mampu milik ialah hanya ditawarkan dalam warna Stealth Grey, rim tayar 18″ Prismata, tiada skrin sekunder di tempat duduk belakang dan kemasan dalaman fabrik dalam warna hitam sahaja. Ini adalah pilihan yang paling asas sama seperti Model 3 Standard yang ditawarkan di Amerika Syarikat sejak penghujung 2025.

image is not available

Dengan pelancaran model baharu Standard hari ini, Tesla menawarkan lima versi Model 3 di Malaysia dengan empat lagi versi ialah Premium RWD, Premium Long Range RWD, Premium AWD dan Performance AWD dengan harga jualan bermula daripada RM169,000 sebuah.

image is not available