Tesla Model S dan X Dihentikan Bagi Memberi Laluan Kepada Roadster dan Optimus

TechnologyCars
29 Jan 2026 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tesla akan menghentikan pengeluaran Model S dan Model X bermula Q2 2026 bagi memberi laluan kepada pengeluar Tesla Roaster dan juga robot humanoid Optimus. Ini diumumkan oleh Elon Musk ketika mengumumkan laporan kewangan Tesla pagi tadi.

image is not available

Model S dan Model X ialah dua model lama yang jualannya lebih rendah berbanding Model 3 dan Model Y. Kerana terlalu berusia, kedua-duanya tidak pernah ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia. Roadster akan diperlihatkan sekali lagi pada bulan April. Projek EV super ini diumumkan pada tahun 2017 dengan pelancaran sebenarnya sudah lama dinantikan.

Optimus generasi ketiga akan diumumkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi menurut Musk. Pengeluaran penuh robot pula adalah sebelum penghujung 2026 dengan ia bergantung kepada rantaian bekalan. Musk turut mendedahkan Optimus masih lagi dalam proses ujian dengan penggunaannya di lantai kilang Tesla masih sekadar untuk belajar dan bukan membantu proses pemasangan kenderaan pada ketika ini.