Tesla Model Y dirakam terbakar di Puchong

Cars
17 Oct 2023 • 7:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sebuah EV Tesla Model Y dilihat terbakar di Puchong, berdasarkan video-video yang tersebar di media sosial. Berdasarkan video sumber, kejadian itu berlaku berhampiran kawasan kediaman Skypod Residence sekitar jam 8 malam, 16 Oktober 2023. Kebakaran pula dilihat bermula di bahagian kiri tayar depan kenderaan.

Seperti yang anda sedia maklum, bateri EV adalah komponen yang sensitif. Sebarang kebocoran boleh menyebabkan kebakaran kerana elektrolit disimpan dalam pakej bertekanan tinggi. Namun, video insiden jelas menunjukkan kebakaran tidak berlaku di bahagian bawah kenderaan, tempat letaknya sistem bateri EV.

image is not available

Berdasarkan laman automotif tempatan CariCarz, Bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 10 minit. Berdasarkan panduan gerak balas kecemasan Tesla untul Model Y, pengeluarnya menyarankan pasukan keselamatan untuk memantau suhu bateri sekurang-kurangnya selama 24 jam menggunakan kamera termal.

image is not available

Menurut panduan itu lagi, sebarang siasatan hanya boleh dilakukan sekiranya pasukan keselamatan mengesahkan yang suhu bateri sudah kembali kepada paras normal.

image is not available

Kami sudah menghubungi pihak Bomba untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan