Bomba sahkan Model Y terbakar di Puchong, 70% badan terbakar

LocalCars
17 Oct 2023 • 10:31 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Rentetan daripada insiden kebakaran sebuah Tesla Model Y di Puchong pada 16 Oktober 2023. Bomba telah mengeluarkan laporan awal. Menurut laporan, Bomba telah menerima panggilan pada jam 8:32 malam untuk ke lokasi kebakaran yan gletaknya di Jalan Puchong Jaya, Puching, Selangor.

image is not available

Selesai memadamkan kebakaran, pihak bomba menganggarkan 70% kereta telah terbakar dan berita baiknya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kereta dimaklumkan telah diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan selanjutnya.

image is not available

Berdasarkan laman automotif tempatan CariCarz, Bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam masa 10 minit. Berdasarkan panduan gerak balas kecemasan Tesla untul Model Y, pengeluarnya menyarankan pasukan keselamatan untuk memantau suhu bateri sekurang-kurangnya selama 24 jam menggunakan kamera termal.

image is not available

Menurut panduan itu lagi, sebarang siasatan hanya boleh dilakukan sekiranya pasukan keselamatan mengesahkan yang suhu bateri sudah kembali kepada paras normal.

Bacaan berkaitan