
Teksi swapandu ialah sebuah konsep perkhidmatan teksi dimana kenderaan boleh membawa pelanggan dari satu lokasi ke lokasi yang lain tanpa memerlukan khidmat pemandu manusia. Ia adalah sesuatu yang telah diperkatakan untuk bertahun-tahun lamanya, dan kini, Tesla Robotaxi nampaknya adalah diantara syarikat pertama yang telah berjaya melakukannya.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik dan CEO Tesla, Elon Musk yang telah berkicau di platform X miliknya dan mengatakan bahawa Tesla Robotaxi sudah mula menawarkan perkhidmatan penghantaran penumpang secara swapandu di bandar Austin, Texas di Amerika Syarikat.
Just started Tesla Robotaxi drives in Austin with no safety monitor in the car.
Congrats to the @Tesla_AI team!
If you’re interested in solving real-world AI, which is likely to lead to AGI imo, join Tesla AI. Solving real-world AI for Optimus will be 100X harder than cars. https://t.co/OnP8gredWD
Sebelum ini, perkhidmatan teksi swapandu masih lagi memerlukan seorang manusia untuk menjaga dan mengawal kenderaan sebagai langkah keselamatan sekiranya terdapat isu dengan perkhidmatan tersebut.
Perkara tersebut nampaknya bukan lagi satu masalah, dan Robotaxi tanpa pemandu manusia kini boleh diseru oleh mereka yang berada di bandar tersebut. Elon Musk juga membuka peluang untuk mereka yang berminat untuk membangunkan teknologi AI untuk menyertai Tesla untuk membangunakan teknologi baru dan juga Artificial General Intelligence.



