‘Test Drive’ Honda Pelanggan, Pekerja ‘Lenjan’ Sampai Berlanggar 6 Buah Kereta?

Entertainment
16 Feb 2024 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biasanya, pekerja bengkel akan test drive kereta pelanggan terlebih dahulu untuk memastikan kereta tersebut betul-betul sudah dibaiki sepenuhnya sebelum diberi kepada pelanggan.

Namun, belakangan ini ada saja insiden pekerja yang melakukan pandu uji sehingga menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini, tular satu insiden melibatkan sebuah kenderaan pelanggan yang sedang dipandu uji oleh pekerja bengkel kereta dalam kejadian di Puncak Alam, Selangor.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman X, sebuah kereta jenis Honda Accord dipercayai terbabas sehingga melanggar beberapa kereta lain di kawasan parkir.

Individu yang merakam kejadian berkenaan memaklumkan sekurang-kurangnya enam buah kereta terbabit dalam insiden kemalangan itu.

Selain itu, turut dipaparkan beberapa kenderaan terbabit dilihat mengalami kerosakan teruk terutamanya di bahagian hadapan akibat rempuhan yang berlaku.

Netizen yang berkongsi video itu meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pekerja berkenaan yang disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Memang trend kedai test kereta customer sampai accident ke??! Semoga dipermudahkan urusan owner,” tulisnya.

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan perbuatan pekerja bengkel yang tidak berhati-hati ketika menguji kereta pelanggan.

Malah, turut menegur tindakan pekerja terbabit yang menguji kereta di kawasan yang tidak sesuai.

image is not available image is not available image is not available

Kesian owner kereta. Agaknya berapa kerugian yang perlu ditanggung tu…

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article