Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan

10 Jan 2023 • 7:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dua beradik cedera parah ditetak dengan samurai

Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan. Dua beradik cedera parah selepas dibelasah 10 lelaki termasuk ditetak menggunakan pedang samurai dalam kejadian di Kampung Pantong Melayu, Simunjan.

image is not available
Tetak Kenalan Guna Pedang Samurai, Pelaku Kini Dalam Buruan Polis Simunjan. Sumber: Aiyue Mizzue

Kejadian ngeri itu telah dikongsi oleh seorang wanita di laman Facebooknya hari ini. Difahamkan, beliau telah pun melaporkan pergaduhan itu kepada pihak polis.

Pelaku kini dalam buruan polis

Dalam posting tersebut, beliau memaklumkan polis dalam usaha mengesan beliau yang dipercayai lari dan bersembunyi dari dikesan pihak polis.

Menerusi laporan tersebut, kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 11 pagi semasa beliau berada di rumah di Kampung Pantong Melayu, Simunjan.

image is not available

Dalam kejadian tersebut, suami dan abang iparnya tiba-tiba diserang oleh suspek menggunakan sebilah parang yang dikenalpasti sebagai Samurai.

Mangsa cedera parah

Akibat daripada tetakan tersebut, kedua-dua mangsa luka dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala, lengan dan tangan.

image is not available

Bukan itu sahaja, pelaku juga sempat menetak motosikal dan harta benda milik mangsa.

Akibat daripada cedera teruk, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan.

Baca artikel terkini di sini: