Tetamu ‘Complain’ Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit & Khemah Kecil, Netizen ‘Sound’ – “Kau Kebulur Nak Datang Apehal”

LocalEntertainment
8 Jun 2025 • 1:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali telah mengadakan majlis Akikah dan Kesyukuran untuk putera sulungnya di Kota Bharu, Kelantan secara besar-besaran.

Majlis itu diadakan di Franky Corner pada jam 3 hingga 5 petang, semalam dan Nabila serta suami turut menjemput orang ramai untuk hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Bagaimanapun, menerusi Threads seorang individu telah dikritik kerana tidak bersyukur dan mengadu tentang majlis berkenaan.

Berdasarkan komen yang ditulis, individu terbabit merungut kerana majlis Akikah tersebut tidak mencapai expectation malah turut mengadu lokasi tesebut sempit.

image is not available

image is not available

Katanya, dia mempunyai expectation bahawa majlis tersebut diadakan di dewan dan seperti majlis perkahwinan dengan deco aesthetic berwarna putih.

Laaa sempit gila, bumbung sama level dengan kepala orang.

Malah, seorang lagi individu juga turut menambah dan berkata laluan jalan juga sempt kerana lokasi jauh sangat ke dalam kawasan kampung.

image is not available

Rungutan tersebut telah dikritik netizen di Threads yang berkata mereka ini bukan sahaja tidak bersyukur malah juga tidak mempunyai adab.

Ada yang berkata sikap dan mentaliti beginilah yang mempunyai sesetengah orang T20 enggan menjemput golongan B40 kerana ada sahaja yang tidak kena.

Dah lah datang makan, dah diberi makan complain complain.

image is not available image is not available image is not available image is not available 3 days ago

Jemput Orang Ramai Hadiri Majlis Akikah 'Baby M', Nabila Razali Mohon Patuhi SOP - "Tolong Jangan Cium.."