“Tetamu tak diundang” – APM Berjaya Tangkap Ular Tedung Hitam Di Rumah PMX

Entertainment
21 Feb 2023 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ular tedung hitam merupakan sejenis ular tedung berbisa sangat agresif serta tangkas, ia sering ditemui d isekitar sungai dan hutan.

Semalam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berjaya menangkap seekor ular tedung hitam di kawasan pondok pengawal rumah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terletak di Bandar Sungai Long, Kajang.

Menurut laporan MalaysiaKini, Koperal Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat Mior Norazlan Safian berkata empat anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.33 malam.

“Kejadian disedari seorang daripada lima anggota keselamatan yang sedang bertugas di pondok tersebut

Ular tedung itu yang pada awalnya bertindak agresif namun berjaya ditangkap kira-kira lima minit kemudian,” katanya.

Difahamkan, ular tersebut mempunyai berat 800 gram dengan panjang kira-kira satu meter, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Selain itu, perkongsian gambar oleh APM turut memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan beramah mesra bersama anggota APM sejurus operasi selesai dijalankan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.