Tetap Menari Meskipun Pasangannya Menangis, Gelagat Kanak-kanak Perempuan Ini Dipuji Ramai

Entertainment
14 Jul 2024 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kanak-kanak memang ada bermacam ragam. Ada yang suka mengusik, ada yang suka buat perkara-perkara nakal dan ada juga yang suka menangis.

Namun, kanak-kanak perempuan ini pula dipuji netizen kerana dia dilihat tetap menari meskipun pasangan tariannya menangis dan tidak mahu menari.

Gelagat kanak-kanak perempuan dari China itu telah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat tidak menjadikan pasangannya yang menangis itu sebagai halangan untuknya tetap meneruskan persembahan di atas pentas bersama rakan-rakan yang lain.

Video tersebut telah dikongsikan di platform Douyin (TikTok China) dan telah meraih ribuan tontonan daripada warganet negara itu.

Dalam video yang berdurasi selama 34 saat itu, dapat dilihat beberapa pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan berada di atas pentas untuk membuat persembahan tarian bersempena dengan Hari Kanak-kanak di tadika mereka dengan pasangan masing-masing.

Namun, ketika persembahan tersebut, seorang kanak-kanak lelaki itu menangis dan tidak dapat menari, mungkin kerana gugup berada di hadapan orang ramai.

Namun, pasangannya tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan kerana kanak-kanak perempuan itu terus menari meskipun terpaksa melakukan tarian itu seorang diri.

Rata-rata netizen memuji kanak-kanak perempuan itu kerana sikapnya yang tabah meneruskan persembahan tersebut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.