Tetap setia dengan jenama tempatan! Tun M pandu uji S70 sebelah tangan jadi tumpuan warganet

LocalCars
22 Aug 2024 • 10:55 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MESKIPUN usia sudah menginjak 99 tahun, namun bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir masih lagi bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian.

Malah, baru-baru ini tular satu video di Tiktok yang memaparkan beliau pandu uji sebuah kereta terbaharu jenama tempatan di sekitar ibu kota.

image is not available

Dalam video yang berdurasi satu minit 17 saat itu, perkara yang paling menjadi perhatian orang ramai apabila beliau yang mesra dengan panggilan Che Det memandu kereta jenis Proton S70 hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Keupayaan Tun yang masih mampu memandu pada usia begitu membuatkan ramai yang kagum.

image is not available

Meneliti di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Tun diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan seharian. Tidak kurang, ada yang mendoakan agar beliau dipanjangkan usia.

image is not available

Terdahulu, semasa menjadi Perdana Menteri keempat, Tun M yang menggantikan Tun Hussein Onn pada 1981 telah mendorong usaha-usaha pembangunan dan pemodenan negara sehingga beliau digelar Bapa Pemodenan.