Tetap sorok wajah isteri, Andika Putera kongsi penampilan ‘old money’ versi berpasangan

EntertainmentWomen's Fashion
16 Jan 2025 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Andika Putera kongsi penampilan

Pempengaruh, Andika Putera kongsi penampilan ‘old money’ versi berpasangan bersama isteri selepas sah bergelar suami kepada seorang wanita dipercayai bekerja sebagai doktor.

Menerusi posting yang dibuat Andika, dia telah memuat naik video cara berpenampilan seperti ‘old money’ bersama isterinya sebelum keluar bersiar-siar menikmati bulan madu mereka.

@andikaputeraa

Couple Outfit Idea Before ni banyak share outfit idea untuk lelaki je kan. Kalini idea outift couple pula yang korang boleh try Komen kalau suka couple outfit ni #coupleoutfit #style #linen #fyp #viral #ootd #grwm #tiktok #asmr

♬ original sound - Andika Putera - Andika Putera

Andika Putera kongsi penampilan dengan isteri gaya ‘old money’

Dalam video tersebut, pempengaruh berkenaan berkongsi jenis-jenis pakaian yang akan digunakan dan turut menjelaskan jenis busana yang digayakan isteri.

Mereka memilih pakaian warna sedondon serta bergambar berdua sambil berpelukan.

image is not available

Andika Putera kongsi penampilan, tetap sorok muka isteri

Namun begitu, Andika atau nama sebenarnya, Muhammad Andika Putera Bin Salleh, 28 masih lagi menyorokkan wajah isterinya apabila wanita itu memilih berpaling dan menghadap ke belakang sewaktu dirakam.

Tak hanya itu, penampilan dress labuh yang dipadankan dengan kasut sukan juga mendapat kritikan netizen kerana dikatakan tidak sesuai, namun telah dijawab oleh Andika.

image is not available

Tapi ramai dah tengok wajah isteri tu

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima daripada netizen di media sosial termasuklah tindakan isterinya yang tidak menunjukkan wajah kepada umum.

Walaupun bagaimanapun, masih ada yang memuji penampilan ‘old money’ mereka dan teruja dengan perkongsian outfit sebegitu kerana dapat memberi idea buat mana-mana pasangan untuk tampil sedondon.

image is not available

Kenapa pesan jangan rakam-rakam?

image is not available

Boleh la jadi inspirasi mereka yang berpasangan

image is not available

Difahamkan, Andika Putera telah kembali bergelar suami selepas memuat naik video sewaktu majlis pernikahannya dengan seorang wanita.

Dia yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Ananda Natasha namun bercerai pada 2022. Namun, mereka kembali rujuk pada 2022 dan berpisah kembali pada 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Alisha Puteri.

Sumber: TikTok andikaputeraa