Tetikus Baharu Honor Boleh Berfungsi Sebagai Pod Pengecas Fon Telinga

TechnologyDigital
22 Aug 2025 • 5:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor memperkenalkan tetikus yang boleh berfungsi sebagai pod pengecas dengan menempatkan sepasang fon telinga nirwayar separa terbuka secara tersembunyi di dalamnya.

image is not available

Tetikus ini direka secara serba guna sebagai ruang simpanan untuk fon telinga yang juga dilengkapi pemacu dwi-magnet serta teknologi pengurangan bunyi. Bahagian luar tetikus disaluti kulit tiruan bertekstur untuk memberikan sentuhan premium. Ia juga dilengkapi dengan suis TTC yang mampu menahan sehingga 500,000 klik.

image is not available

Dalam mod PC, sambungan dilakukan melalui penerima (receiver) khusus untuk tetikus dan fon telinga bagi memastikan prestasi stabil tanpa gangguan. Satu butang disediakan bagi membolehkan pengguna menukar daripada penggunaan tetikus ke mod audio semasa panggilan dengan cepat.

Apabila dipadankan dengan telefon pintar, fon telinga akan beralih kepada Bluetooth Mode untuk penggunaan yang lebih bebas. Sementara itu, tetikus akan kekal disambungkan melalui penerima khususnya bagi membolehkan kedua-duanya berfungsi secara serentak.

image is not available

Tetikus juga dilengkapi bateri 1000mAh yang mampu bertahan mencapai 30 hari dengan sekali pengecasan.