Tewaskan Korea Selatan Di Qatar, Indonesia Mara Peringkat Separuh

26 Apr 2024 • 10:25 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Skuad bola sepak Bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Garuda Muda dilaporkan berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-23 Qatar 2024 selepas menyingkirkan pasukan bola sepak dari Korea Selatan, Young Taegeuk Warriors pada Jumaat.

Menurut satu laporan Sinar Harian, penjaga gol skuad Indonesia Ernando Ari dikatakan muncul sebagai wira bagi pasukan tersebut selepas berjaya menafikan dua sepakan penalti dari pasukan Korea Selatan.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Berjaya mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors, 11-10 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam aksi suku akhir 120 minit,” kata laporan tersebut.

Sementara itu, dilaporkan pada awal minit ke-15 perlawanan, pemain dari kelab ADO Den Haag (Belanda) Rafael William Struick terlebih dulu meletakkan Garuda Muda dengan jaringan pertama menewaskan Baek Jong-beom.

“Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Young Taegeuk Warriors asuhan Hwang Sun-hong kemudian menyamakan kedudukan hasil jaringan sendiri Komang Teguh pada minit ke-45,” ujarnya.

image is not available

Foto: FB AFC Asian Cup

Struick turut dilaporkan sekali lagi berjaya tampil menewaskan Jong-beom pada masa kecederaan minit ke-48 baik sekali gus menyudahkan separuh masa pertama bagi perlawanan tersebut.

“Separuh masa kedua, Sun-hong meningkatkan intensiti permainan bagi memburu jaringan penyamaan manakala Tae-yong melakukan perubahan taktikal apabila memperkemas bahagian pertahanan.

“Korea Selatan akhirnya terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Lee Young-Jun dilayangkan kad merah setelah mengasari Justin Hubner pada minit ke-70,” tambahnya lagi.

image is not available

Foto: FB AFC Asian Cup

Young Taegeuk Warriors kemudian berjaya mengikat perlawanan menerusi jaringan gol penyudah Jeong Sang-bin pada minit ke-84, yang membawa kepada tendangan penalti.

Untuk makluman, kemenangan tersebut sekali gus membawa pasukan Indonesia ke separuh akhir yang akan menentang pemenang antara perlawanan Uzbekistan dengan Arab Saudi.

Sumber: Sinar Harian (Zuraimee Zainal)