AMD Mengumumkan Pembangunan Adikomputer Frontier Dengan Kelajuan 1.5 Exaflop

11 May 2019 • 8:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada Mac yang lalu Intel mengumumkan projek Aurora yang merupakan adikomputer pertama dunia dengan kelajuan 1 exaFLOP. Ia dijangka akan siap dibina menjelang 2021 dengan kerjasama Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE). Ia bakal dipintas pula oleh Frontier, adikomputer yang dibina oleh AMD dengan kelajuan mencecah 1.5 exaFLOP.

image is not available

Frontier akan dibina oleh Cray Inc yang menggunakan 100 kabinet  Shasta dengan CPU AMD EPYC CPUs dan GPU Radeon Instinct. Cray Inc ialah syarikat yang sama membina Aurora dengan kabinet Shasta cuma menggunakan komponen Intel. Apabila mula beroperasi pada tahun 2022, Frontier akan diletakkan di Oak Ridge National Laboratory (ORNL).

Dengan kuasa memproses yang tinggi Frontier akan digunakan bagi penyelidikan di dalam tujuan pengiraan matematik rumit. simulasi, model, ramalan cuaca, fizik struktur sub-atom dan genom manusia.