TFC bawa pulang satu mata dari Australia

29 Nov 2023 • 6:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain TFC, Ivan Mamut (kiri) diasak pemain Central Coast Mariners. Foto Facebook Piala AFC

TERENGGANU FC (TFC) berjaya membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat pasukan Central Coast Mariners di Gosford, Australia pada Rabu.

Keputusan itu menyaksikan TFC mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kejohanan tersebut selain terus menghimpit Central Coast Mariners untuk mencabar kedudukan juara Kumpulan G.

Dalam perlawanan itu, tuan rumah dilihat menguasai perlawanan, namun dikejutkan dengan gol tandukan Engku Nur Shakir selepas menerima bola sepakan sudut Sony Norde pada minit ke-53.

Ketika perlawanan seolah memihak kepada TFC, Central Coast Mariners tampil dengan gol penyamaan pada minit ke-87 menerusi gol Miguel Di Pizio untuk mengikat perlawanan.

TFC kini mengumpul sembila mata selepas lima perlawanan manakala Central Coast Mariners pula masih kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan 10 mata.

Selepas ini, TFC dijadualkan menentang Bali United dan Central Coast Mariners pula akan bertemu Stallion Laguna FC dalam perlawanan terakhir kumpulan yang akan menjadi penentu untuk layak ke pusingan seterusnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved