TFC kejutkan KL City

7 Nov 2022 • 12:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain KL City, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri (kiri) diasak pemain TFC Muhammad Alif Zakaria dalam suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Ahad.

TERENGGANU FC (TFC) mendapat tonik semangat menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia selepas menjinakkan juara bertahan Kuala Lumpur City FC (KL City), 1-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Ahad.

Penyerang TFC, Kpah Sherman terus menjadi duri dalam daging kepada pesaing kejuaraan berprestij bola tanah air apabila menghadiahkan defisit satu gol kepada anak buah Bojan Hodak menerusi jaringan pada minit ke-14, separuh masa pertama.

Pemain kebangsaan Liberia berusia 30 tahun yang tampil meledak lima gol ketika menyingkirkan Sri Pahang sebelum ini dijangka menghadirkan igauan ngeri kepada The City Boys menjelang perlawanan kedua hujung minggu ini.

Kemenangan pembakar semangat ke atas finalis Piala AFC 2022, ini juga memberi gambaran anak buah Nafuzi Zain berada di landasan terbaik untuk merangkul kejuaraan keramat bola sepak negara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved