Thailand Bakal Kenakan Cukai Sebanyak 300 Baht (RM39) Seorang Kepada Pengunjung Yang Gunakan ‘Air Travel’

LocalTravel
25 Oct 2024 • 2:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Thailand telah merancang untuk mengenakan cukai kepada para pengunjung yang ingin memasuki negara itu bermula dengan pengunjung yang menaiki penerbangan.

Memetik dari BFM News, Kementerian Pelancongan Dan Sukan negara itu telah mengeluarkan kenyataan berkenaan cukai yang bakal dikenakan iaitu sebanyak 300 Baht atau sekitar RM39 seorang.

Menterinya, Sorawong Thienthong berkata cadangan ini akan dibawa ke mensyuarat kabinet pada Januari 2025 untuk mendapatkan kelulusan dari semua pihak.

Cukai tersebut dijangka akan mengambil masa enam bulan untuk diperhalusi dan sekiranya mendapat kelulusan, maka kerajaan akan membina satu sistem yang mana pengunjung perlu membayar seara atas talian terlebih dahulu sebelum memasuki negara tersebut.

Dikhabarkan, fasa pertama akan melibatkan pengunjung yang menaiki kapal terbang untuk memasuki Thailand dan fasa kedua pula melibatkan pengunjung yang memasuki negara itu melalui jalan darat.

Menurut kementerian tersebut, pengunjung yang memasuki Thailand dengan jalan udara akan menyumbang kepada 70 peratus jumlah pelancong yang memasuki negara jiran itu pada tahun ini.

image is not available 2 weeks ago

“Saya Percaya Ramai Rakyat Malaysia Akan Pergi Ke Thailand..” - Berlaku Pengeboman, KP Negara Minta Rakyat Kaji Situasi Negara Dahulu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved