
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu berkata Kemboja dan Thailand dan Kemboja bersetuju mengadakan rundingan segera ke arah gencatan senjata susulan pertempuran di sempadan kedua-dua negara itu.
Trump yang memuatnaik hantaran di platform Truth Social, berkata, beliau telah menghubungi kedua-Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayacha.
“Mereka bersetuju untuk segera bertemu dan merangka pelan gencatan senjata, dan akhirnya, mencapai perdamaian! Ia satu penghormatan untuk berurusan dengan kedua-dua negara ini,” katanya.
Beliau memberitahu, bahawa rundingan perdagangan antara AS dengan Thailand dan Kemboja tidak akan diteruskan selagi pertempuran belum dihentikan.
“Kebetulan kami sedang dalam proses rundingan perdagangan dengan kedua-dua negara, tetapi kami tidak akan memuktamadkan sebarang perjanjian jika mereka masih bertempur,” katanya.
Sementara itu, Phumtham menerusi kenyataan dalam Facebook beliau mengesahkan mengadakan perbincangan dengan Trump berhubung isu pertempuran tersebut.
Menurutnya, dalam perbualan tersebut, Trump berhasrat supaya gencatan senjata segera dilaksanakan bagi membolehkan perdamaian dicapai antara dua negara.
"Sebagai respons, saya telah menyatakan dengan jelas kepada Yang Berhormat Presiden Donald Trump bahawa Kemboja bersetuju dengan cadangan bagi satu gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara kedua-dua pasukan bersenjata.
"Malah, pendirian ini telah saya nyatakan lebih awal kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Asean, pada 24 Julai 2025,'' katanya.
Awal bulan ini, Trump mengenakan tarif sebanyak 36 peratus terhadap eksport dari Kemboja dan Thailand ke AS.
Kedua-dua negara kini sedang berunding mengenai pelaksanaan tarif baharu itu yang dijadual berkuat kuasa mulai 1 Ogos.
Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi Asean telah menghubungi kedua-dua pemimpin Thailand dan Kemboja bagi menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan segera.
Lebih 30 orang terkorban manakala 130,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam pertempuran terburuk antara jiran Asia Tenggara itu dalam 13 tahun. - 27 Julai, 2025
The post Thailand-Kemboja sedia berunding gencatan senjata : Trump appeared first on Scoop.


